Ringkasan Penting Untuk Peserta. Terma & Syarat Penuh Ada Di Bahagian Bawah.


Terbuka Kepada Semua Warganegara Malaysia Yang Berumur 18 Tahun Ke Atas Dan Berada Dalam Keadaan Sihat Tubuh Badan.
Ahli Badan Kebajikan Dan Kemajuan Anak-Anak Melayu Negeri Sembilan Darul Khusus Digalakkan Untuk Menyertai Program Ini.

Setiap Kereta Hendaklah Membawa Minimum Dua Dan Maksimum Empat Orang Peserta. Penyertaan Terhad Kepada 50 Buah Kereta Sahaja.

Yuran Penyertaan Ialah RM300.00 Bagi Setiap Pasukan (Satu Kereta) Dan Hendaklah Dibayar Melalui Kod QR Semasa Pendaftaran.
Jika Yuran Dikongsi Sama Rata: Dua Orang, RM150.00 Seorang; Tiga Orang, RM100.00 Seorang; Dan Empat Orang, RM75.00 Seorang.
Pendaftaran Hanya Dianggap Lengkap Setelah Bukti Pembayaran Dikemukakan. Semua Bayaran Hendaklah Dibuat Hanya Melalui Ejen Pembayaran Rasmi Yang Dilantik Oleh Penganjur, Iaitu RD ARTIFICIAL RESOURCES (Maybank: 5123 4567 8901). Penganjur Tidak Bertanggungjawab Terhadap Sebarang Transaksi Yang Dibuat Ke Akaun Pihak Ketiga Di Luar Saluran Rasmi.
Yuran Tidak Akan Dipulangkan Sekiranya Penyertaan Pasukan Dibatalkan Kerana Melanggar Mana-Mana Peraturan Yang Telah Dipersetujui.

Pemandu Wajib Memiliki Lesen Memandu Kompeten (CDL) Yang Sah. Cukai Jalan Kenderaan Juga Mestilah Masih Sah, Dan Kenderaan Hendaklah Berada Dalam Keadaan Baik.

Peserta Digalakkan Memakai Pakaian Tradisional Atau Pakaian Sukan Yang Bersesuaian, Serta Kasut Bertutup Demi Keselamatan.

Acara Ini Bukan Perlumbaan Kelajuan. Tempoh Tujuh Jam (8.30 Pagi Hingga 3.30 Petang) Diperuntukkan Untuk Peserta Menyelesaikan Soalan Berdasarkan Papan Tanda Dan Mercu Tanda, Serta Mengambil Gambar Kreatif Yang Berkaitan Dengan Sejarah Dan Adat Perpatih. Soalan Dibahagikan Kepada Dua Seksyen: Seksyen 1 Di Muzium Negeri Dan Seksyen 2 Di Kompleks Sejarah Pengkalan Kempas, Dan Setiap Seksyen Dibuka Dengan Memuat Naik Gambar Selfie Bersama Ahli Pasukan Di Lokasi Pemeriksaan Tersebut.

Semua Peserta Wajib Mematuhi Segala Arahan, Peraturan Permainan Dan Ketetapan Kawasan Yang Ditentukan Oleh Urus Setia Serta Pegawai Bertugas Di Setiap Lokasi Pemeriksaan.

Pemenang Ditentukan Berdasarkan Jumlah Mata Tertinggi Yang Diperoleh Daripada Jawapan Yang Paling Tepat Dan Jelas Serta Tugasan Bergambar Terbaik, Setelah Semua Tugasan Di Lokasi Pemeriksaan Yang Ditetapkan Diselesaikan Dengan Sah β Bukan Berdasarkan Siapa Yang Tiba Terlebih Dahulu. Sekiranya Berlaku Seri, Masa Penyerahan Borang Dan Keselarasan Jawapan Kreatif Akan Diambil Kira.
Sebarang Keputusan Jawatankuasa Berhubung Dengan Kelayakan Penyertaan, Pengesahan Pembayaran, Kelulusan Pendaftaran Dan Penentuan Pemenang Adalah Muktamad. Sebarang Surat-Menyurat, Rayuan Atau Bantahan Tidak Akan Dilayan.

Hadiah Wang Tunai Akan Dikreditkan Ke Dalam Akaun Ketua Kumpulan Dalam Tempoh 14 Hari Bekerja Selepas Tarikh Acara. Trofi Dan Sijil Akan Diserahkan Semasa Majlis Penutupan.

Peserta Dilarang Bertukar Jawapan Atau Berpakat Dengan Peserta Atau Pasukan Lain. Penyertaan Mana-Mana Pasukan Yang Didapati Berbuat Demikian Akan Dibatalkan.
Penganjur Berhak Menyingkirkan Serta-Merta Mana-Mana Pasukan Yang Melakukan Salah Laku, Penipuan, Sabotaj Atau Provokasi, Atau Yang Melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) Keselamatan Sehingga Boleh Membahayakan Peserta Lain Atau Orang Awam.

Peserta Wajib Mematuhi Undang-Undang Dan Peraturan Lalu Lintas Jalan Raya Di Malaysia. Mana-Mana Pasukan Yang Kenderaannya Didapati Melanggar Peraturan Lalu Lintas Akan Disingkirkan Daripada Pertandingan.
Dengan Mendaftar, Peserta Bersetuju Untuk Terikat Dengan Terma Dan Syarat Berikut, Sebagai Tambahan Kepada Maklumat Di Atas.
Satu laluan warisan melalui jalan lama, dari Muzium Negeri ke Muzium Rembau dengan dua hentian sejarah di sepanjang perjalanan.
Jalan Sungai Ujong, Bandar Seremban, 70300 Seremban, Negeri Sembilan
Pengkalan Kempas, Linggi, Negeri Sembilan
Kampung Astana Raja, Rembau, Negeri Sembilan
Kampung Astana Raja, Jalan KotaβLubok China, 71350 Kota, Negeri Sembilan. Cari papan tanda warisan "Istana Raja Melewar" di tepi jalan kampung.
Soalan dibahagikan kepada dua seksyen dan hanya dibuka di lokasi pemeriksaan masing-masing. Sila patuhi undang-undang jalan raya sepanjang perjalanan.
Minimum 2, maksimum 4 ahli sekumpulan. Sila isi maklumat sebenar mengikut Kad Pengenalan.
Sudah mendaftar? Semak status / muat naik resit βCara soalan disampaikan dan bagaimana jawapan dinilai.
Seksyen 1 di Muzium Negeri, dan Seksyen 2 di Kompleks Sejarah Pengkalan Kempas. Untuk membuka soalan setiap seksyen, pasukan perlu memuat naik gambar selfie bersama ahli pasukan di lokasi pemeriksaan tersebut melalui sistem digital. Soalan tidak boleh dibuka dari lokasi lain.
Setiap soalan diberikan dalam bentuk pantun/kiasan. Lokasi tidak disebut secara terus β peserta perlu mentafsir petunjuk untuk mengesan tempatnya.
Setiap pasukan perlu menjawab sekurang-kurangnya 10 soalan. Jawapan dalam bentuk gambar bukti yang diambil di lokasi sebenar dan dihantar terus melalui sistem digital.
Sesetengah soalan mempunyai syarat khas (contohnya membeli barangan dan mendapatkan resit bercop kedai) selain gambar bukti.
Ini bukan perlumbaan kelajuan β pasukan yang sampai dahulu tidak semestinya menang. Mata diberikan berdasarkan ketepatan dan kejelasan jawapan serta bukti gambar yang dihantar.